Unordered List

MENCARI JODOH

 on Jumat, 06 Mei 2011  

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu
dinikahikerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya danagamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamuberbahagia."Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukharidan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.
Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikanpasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapapertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhakmembuat pilihan yang sama?
Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama.Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkanwujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untukmemilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya,mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik,kacak dan taat beragama.
Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihanjodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa,perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.
Berharta
Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkandengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yangtidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Inimenyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untukmenikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagaiperempuan yang mengejar kebendaan pula.
Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang takterbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, disini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islamitu.
Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?
Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?
Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita ituperlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina hartakekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalanikehidupan berumahtangga.
Keturunannya
Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segikasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulahdiperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidakbercampur dengan penzinaan.
Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunanyang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina.Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itutelah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubatitu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadidaripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahimereka.
Kecantikannya
Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif.Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalampandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacakdalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalampandangan wanita lain.Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia.Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atauperempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahikemanusiaan.
Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlakseseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungankedua-dua pasangan itu.
Agama
Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutamadalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibinaakan hilang pedoman.
Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajianagama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itumemadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diridaripada terjebak ke dalam kancah jenayah.
Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggapsebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yangterbebas daripada silap dan salah.
Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

>>> Please do not use anonymous ....
>>> Berikan data anda dengan benar.....
>>> Berikan komentar anda sebagai bukti bahwa anda adalah pengunjung dan bukan robot......
>>> Komentar ANONIM tidak akan ditanggapai oleh admin......
>>> Sorry, Admin will not respond to anonymous comments are not clear. so thank you

Diberdayakan oleh Blogger.
J-Theme