Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya
neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala.
Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000
gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap
lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap
belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api. Dikisahkan dalam hadis
tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan
pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar
itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis
tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula
memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000
qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari
kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu
neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di
sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah
hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di
belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap
tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya
Tuhan kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W
telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam,
dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu
ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu
besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang
bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi
keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak
perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang
mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya
akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan
membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
>>> Please do not use anonymous ....
>>> Berikan data anda dengan benar.....
>>> Berikan komentar anda sebagai bukti bahwa anda adalah pengunjung dan bukan robot......
>>> Komentar ANONIM tidak akan ditanggapai oleh admin......
>>> Sorry, Admin will not respond to anonymous comments are not clear. so thank you