Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam
dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di
situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu : "Hai
batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan
melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ.
Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian
dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah
diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai
pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke
neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba
seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut.
Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua
malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya.
Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak
memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana
sahaja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya.
Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka
berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak
berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya
kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah
membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di
langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud : "Wahai
hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang
Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan
hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu.
Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga." Sebaik sahaja dia menghampiri
pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci
syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
>>> Please do not use anonymous ....
>>> Berikan data anda dengan benar.....
>>> Berikan komentar anda sebagai bukti bahwa anda adalah pengunjung dan bukan robot......
>>> Komentar ANONIM tidak akan ditanggapai oleh admin......
>>> Sorry, Admin will not respond to anonymous comments are not clear. so thank you